Wednesday, November 21, 2012

Nama-nama Syurga


Terdapat beberapa nama syurga yang disebut dalam Al-Quran. Marilah sama-sama kita kenali dan hayati agar digerakkan hati kita untuk mencari salah satu syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

1. Syurga Firdaus (Al-Kahfi: 107)
2. Syurga 'Adnin (At-Taubah:72)
3. Syurga Na'im (Al-Maidah:65)
4. Syurga Ma'wa (an-Najm:15)
5. Syurga Darulssalam (Yunus: 25)
6. Syurga Darul muqamah (Fathir:35)
7. Syurga Maqaamul Amin (Ad-Dukhan:51)
8.Syurga Khuldi (Al-Furqan:15)
 

Berkat

Berkat di mana-mana atau di mana? Berkat ertinya bertambah, berkembang dan berkekalan.
Hidup kita perlu kepada keberkatan. Berkat dapat dirasai bila hati kita tenang, selesa, dipermudahkan urusan dan bertambah rezeki. Berkat akan memberi ketenangan dan pastinya kebahagian.
 
Berkat tidak dapat diukur dengan logik akal. Tanpa berkat kekayaan seseorang tidak bermakna. Berkat adalah nilai kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambanya.
 
Berkat adalah milik Allah SWT. Hanya mereka yang melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah dengan niat kerana Allah dan dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Berkat diukur dengan rezeki. Orang kaya memiliki duit dan harta yang banyak tapi masih rasa tidak cukup. Perlu terus berusaha untuk menambahkan harta. Berbeza dengan orang yang memiliki harta tetapi tidak kaya malah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
 
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Mohonlah keberkatan dari Allah SWT, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Banyak doa yang boleh diamalkan, antaranya "Wahai Tuhanku, turunkanlah aku ditempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat" (Al-Mukminun 23:29)
 

Wednesday, November 14, 2012

Rahsia Bilangan Rakaat Dalam Solat

Mengikut teori fizik tubuh badan kita memiliki dua cas elektrik iaitu cas posotif dan cas negatif. Kita menggunakan banyak tenaga dalam aktiviti harian, ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan supaya tubuh kita kembali segar. Bilangan rakaat yang berbeza akan bertindak menyeimbangkan cas-cas tersebut.
 
1. Solat Subuh
Badan akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Cas-cas positif dan negatif hampir seimbang. apabila bangun solat subuh, hanya sedikit saja proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Solat subuh didirikan 2 rakaat saja.
 
2. Zohor dan Asar
Setelah seharian bekerja, tubuh kehilangan banyak cas. Kita perlukan pertukaran cas yang banyak. Solat Zohor dan Asar didirikan 4 rakaat kerana memberi lebih ruang pertukaran cas dalam tubuh kita.
 
3. Maghrib
Aktiviti tubuh kita semakin berkurangan dan tidak banyak menggunakan tenaga. solat Maghrib dilakukan 3 rakaat sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding ketika Solat Zohor dan Asar.
 
4. Isyak
Malam sesuai untuk istirehat dan tidak banyak aktiviti yang dilalkukan dan tidak banyak pertukaran cas yang diperlukan. Kita perlu tidur awal dan bangun untuk solat Tahajujud pada 1/3 malam. Solat Isyak 4 rakaan untuk menstabilkan cas dalam badan dan memberi tambahan tenaga untuk bangun malam nanti.
 
Untuk renungan bersama, semoga kita mendapat manfaat dari ilmu ini.