Wednesday, November 14, 2012

Rahsia Bilangan Rakaat Dalam Solat

Mengikut teori fizik tubuh badan kita memiliki dua cas elektrik iaitu cas posotif dan cas negatif. Kita menggunakan banyak tenaga dalam aktiviti harian, ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan supaya tubuh kita kembali segar. Bilangan rakaat yang berbeza akan bertindak menyeimbangkan cas-cas tersebut.
 
1. Solat Subuh
Badan akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Cas-cas positif dan negatif hampir seimbang. apabila bangun solat subuh, hanya sedikit saja proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Solat subuh didirikan 2 rakaat saja.
 
2. Zohor dan Asar
Setelah seharian bekerja, tubuh kehilangan banyak cas. Kita perlukan pertukaran cas yang banyak. Solat Zohor dan Asar didirikan 4 rakaat kerana memberi lebih ruang pertukaran cas dalam tubuh kita.
 
3. Maghrib
Aktiviti tubuh kita semakin berkurangan dan tidak banyak menggunakan tenaga. solat Maghrib dilakukan 3 rakaat sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding ketika Solat Zohor dan Asar.
 
4. Isyak
Malam sesuai untuk istirehat dan tidak banyak aktiviti yang dilalkukan dan tidak banyak pertukaran cas yang diperlukan. Kita perlu tidur awal dan bangun untuk solat Tahajujud pada 1/3 malam. Solat Isyak 4 rakaan untuk menstabilkan cas dalam badan dan memberi tambahan tenaga untuk bangun malam nanti.
 
Untuk renungan bersama, semoga kita mendapat manfaat dari ilmu ini.
 

No comments:

Post a Comment