Berkat di mana-mana atau di mana? Berkat ertinya bertambah, berkembang dan berkekalan.
Hidup kita perlu kepada keberkatan. Berkat dapat dirasai bila hati kita tenang, selesa, dipermudahkan urusan dan bertambah rezeki. Berkat akan memberi ketenangan dan pastinya kebahagian.
Berkat tidak dapat diukur dengan logik akal. Tanpa berkat kekayaan seseorang tidak bermakna. Berkat adalah nilai kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambanya.
Berkat adalah milik Allah SWT. Hanya mereka yang melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah dengan niat kerana Allah dan dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Berkat diukur dengan rezeki. Orang kaya memiliki duit dan harta yang banyak tapi masih rasa tidak cukup. Perlu terus berusaha untuk menambahkan harta. Berbeza dengan orang yang memiliki harta tetapi tidak kaya malah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Mohonlah keberkatan dari Allah SWT, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Banyak doa yang boleh diamalkan, antaranya "Wahai Tuhanku, turunkanlah aku ditempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat" (Al-Mukminun 23:29)
No comments:
Post a Comment