UNTUK RENUNGAN DIRI SENDIRI, KELUARGA, SAHABAT DAN SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Tanda 100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari allah kepada hambanya dan
hanya disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini Cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujing rambut hingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.
40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian
puasat kita akan berdenyut-denyut . Pada ketika ini daun yang tertulis nama
kita akan gugur dari pokok yang letaknya di Arasy Allah. Maka malaikat maut
akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapaun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini kan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan,
berpuasalah selepasa itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan
ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini kan dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya juga akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Tapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan
suatu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini akan
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.
Hari kematian
Akan berlaku keadaan dimana kita kan emrasa satu keadaan
sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika inihendaklah kita terus mengucap dua kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Baginda Rasulullah SAW bersabda, “Apabila telah sampai ajal
seseorang itu maka masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai ke lutut
Setelah itu dating pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut sampai ke perut dan kemudian mereka keluar. Datang satu
lagi kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali dating lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan nazak orang itu”
Sambung Rasulullah SAW lagi, “ kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman maka malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang disebelah
kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang
yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap jibril. Kalau orang yang nazak itu
orang munafik , maka Jibril akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yannazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.