Sunday, December 2, 2012

Surah Al-Fatihah

1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani;
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan Mentadbirkan sekelian alam;
3. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani;
4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat);
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan;
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus;
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkautelah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 
 

No comments:

Post a Comment