Tuesday, December 4, 2012

Tanda-tanda Kematian

UNTUK RENUNGAN DIRI SENDIRI, KELUARGA, SAHABAT DAN SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Tanda 100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari allah kepada hambanya dan hanya disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.  Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujing rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.
40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian puasat kita akan berdenyut-denyut . Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih merasakan seakan-akan bingung seketika.
 7 hari sebelum kematian
Adapaun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini kan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, berpuasalah selepasa itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini kan dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya juga akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Tapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan suatu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini akan menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.
Hari kematian
Akan berlaku keadaan dimana kita kan emrasa satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika inihendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasulullah SAW bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut
Setelah itu dating pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut sampai ke perut dan kemudian mereka keluar. Datang satu lagi kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali dating lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan nazak orang itu”
Sambung Rasulullah SAW lagi, “ kalau orang yang nazak itu orang yang beriman maka malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap jibril. Kalau orang yang nazak itu orang munafik , maka Jibril akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yannazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
 

No comments:

Post a Comment